depa sporting

semalam aku duk tenguk tb syiok syiok , tiba tiba my dad kata "kaih kaih pi mandi siap semua kaih" . aku tercangak sorang sorang , awat yang abah aku kalut sangat . then dia kata nak pi jumpa menteri la . baru aku tau . kami nak pi jumpa menteri tuu sebab nak mintak dia tolong kakak aku dapat scholarship . nama menteri tu aku tak tau dan malas nak ambik tau . kakak aku lagi syok , dia tanya aku nak pakai baju apa . mana la aku nak tau . then , pi la tanya mak aku , dia suruh pakai baju kurung , pelik kut . dia kata nak pi jumpa menteri agama punya . aku pun ikut saja la . then dalam keta aku tanya rumah menteri tuu kat mana , abah aku cakap kat guar*betui dak tak tau eja . mak aii , jauh kut . ingat dekat dekat saja . dah la dengan handfone tak bawak . mp3 pun tak bawak . jenuh bosan dalam keta . rumah dia kat taman markisa , dah sampai masuk masuk bau pelik . HAHA . biasa la , rumah geng geng laki saja duk kat situ . depa sporting kut . menteri tu tanya aku study kat mana , aku kata la convent . dia kata convent bukit nanas ka , aku kata la kat kedah . dia kata balik , ohh kat sini pun ada convent ka , coih . hampeh punya menteri . sekolah kami hat pandai berlakon tuu menang macam macam hang tak tau noh . then depa duk sembang bincang pasai scholarship sampai mata aku nak terkatup dah . time tuu depa tenguk bola , aku pun join sekali la daripada aku tertidoq kat situ kan . rumah tuu ada juga datuk datuk apa tak tau gila sporting . aku ingat depa orang biasa saja balik tuu baru abah aku bagitau . ada sorang datuk ni muka stai galak , meremang bulu roma kut . time nak balik tuu depa serebu pi kat tb then duk terjerit jerit suruh boh gol . lawak kut orang tua tua ni . then singgah kat kedai makan . kat situ pun orang pakat duk terjerit jerit tenguk bola . serupa hawaq lagi aku tenguk . lepas tu balik terus la tunggu apa lagi .



p/s : kalau tak paham , buat buat paham pi la